Tamadun islam
DEFINISI TAMADUN ISLAM
DEFINISI MELALUI BAHASA:
i) Bahasa Arab
1. Badarah
Dikaitkan dengan kehidupan berpindah-randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup.
2. Umran
Adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.
3. Hadarat
Membawa erti suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami.
4. Madaniyyah
Maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).
ii) Bahasa Inggeris
1. Civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti ‘bandar’.
iii) Bahasa Melayu
1. Peradaban
Merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran,budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan,atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya danmoral yang halus).
2. Kebudayaan
Membawa maksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
SUMBER TAMADUN ISLAM
i) AL-QURAN
Ø Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Ø Sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah untuk manusia.
Ø Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah-kisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
Ø Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
Ø Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf
Ii) IJMA’
Ø Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
Ø Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan Al-Hadis.
Ø Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)
iii) QIYAS
Ø Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
Ø Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)
SIFAT TAMADUN ISLAM
i) Kesejagatan
ii) Fleksibel
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
i) Budaya Berfikir(al-Thaqafah)
Budaya berfikir ke arah kemajuan pada perkara-perkara positif.
ii) Ilmu Yang Bercirikan Bandar(al-Madaniyah)
Pencapaian dalam bidang ilmu yang memerlukan percubaan dan latihan amali.
iii) Tamadun(al-Hadarah)
Gabungan pencapaian serentak dari segi budaya berfikir ke arah kemajuan dalam hal-hal kebaikan dan bidang ilmu yang memerlukan percubaan.
PENKONSTUKTURAN ISLAM DALAM FASA MENCIPTA TAMADUN
A) SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN ISLAM
i) Prinsip Penting Dalam Politik Islam
a) Tauhid
Bermaksud percaya kepada Allah Yang Maha Esa.
b) Risalah
Allah telah menurunkan wahyu kepada nabi dan rasul untuk mentauhidkan Allah bermula dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w.
c) Khalifah
Khalifah bermaksud pengganti atau wakil iaitu pemimpin umat islam setelah nabi Muhammad wafat. Beberapa tanggungjawab seorang khalifah:
1)memelihara keturunan
2)memelihara akal
3)memelihara kehormatan
4)memelihara jiwa manusia
5)memelihara harta
6)memelihara agama
7)memelihara keamanan
8)memelihara Negara
B) SISTEM EKONOMI ISLAM
i) Matlamat Ekonomi Islam
1)keperluan yang mencukupi bagi menghindarkan kelaparan dan ketakutan dalam masyarakat.
2)penggunaan sumber yang optimum,cekap dan tidak membazir.
3)kesaksamaan agihan harta,kekayaan dan pembangunan.
4)menjamin kebebasan individu.
5)kesamaan hak dan peluang.
6)kerjasama dan keadilan
ii) Ciri-ciri Ekonomi Islam
1)Keluhuran Islam
Berekonomi ialah sesuatu ibadah kepada Allah bagi tujuan menjaga kebajikan social dan kesejahteraan masyarakat.
2)Kebebasan individu
Individu berhak dan bebas memiliki dan mempergunakan faktor pengeluaran dan hartanya.
3)Hak terhadap harta
Islam mengiktiraf pemilikan harta namun pengumpulan harta secara berlebihan tidak dibenarkan.
4)Ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semulajadi
5)keselamatan social
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
i)BIDANG MATEMATIK
a) Abu Bakar Hussein al-Karkhi
↬ Menulis dalam bidang algebra, aritmetik dan geometri.
b) al-Khawarizmi
↬ Bapa Algebra, merupakan seorang ahli matematik dan astronomi.
c)al-Battani
↬ Ahli matematik Islam terbaik dan telah memperbaiki trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang pertama.
↬ Berjaya menghitung waktu yang digunakan bumi untuk mengelilingi matahari.
ii) BIDANG ASTRONOMI
↬ Banyak karya-karya para ilmuwan Islam tentang ilmu astronomi telah diterjemahkan oleh beberapa individu kepada bahasa lain seperti:
A)karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi(diterjemah kepada bahasa Latin oleh of Bath dan John of Siville).
B) karya al-Battani ( diterjemahkan kepada bahasa Latin oleh Alfonso X).
↬ Ibn al-Zarqiyali telah berjaya menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
iii)BIDANG BOTANI
↬ Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah bukumtentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan.
↬ Ibn al-Baytaryang(asal) dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.
iv)BIDANG FALSAFAH & PEMIKIRAN
⊜Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan akal.
⊜Ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Rusyd,Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih, dan Ibnu Sina.
⊜ Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism).
⊜Tujuh perkara penting yang dibincangkan oleh al-Kindi:-
a) Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam.
b) Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan bumi.
c) Jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan.
d) Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet di angkasa lepas.
e) Jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi.
f) Manusia bersifat dualism,kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
g) Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tentang alam semesta.
v)BIDANG PERUBATAN
♂Tamadun Islam telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang farmasi. Ia telah memperkenalkan kaedah-kaedah rebusan, pendebuaan, basuhan, campuran, larutan salap, penyulingan, kalsinasi, pensublimatan untuk menyediakan ubat-ubatan.
♂Tokoh Islam yang penting dalam bidang ini ialah :-
a) Ibnu Sina
↬ Merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang.
↬ Menghasilkan karya Al –Qanun fi al – Tibb.
↬ Menemui gejala penyakit diabetes.
b) Al-Zahrawi
↬ Antara sumbangan beliau dalam bidang ini ialah sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan.
↬ Menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga.
↬ Orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia dan menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
No comments:
Post a Comment