Saturday 21 April 2012

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Pemerdagangan Manusia Semakin Kritikal

·          
| Isnin, 05 September 2011 | Oleh: Gibran |

      
 "Pemerdagangan Manusia" ialah pengambilan, pengangkutan, pemindahan, menerima seseorang dengan ancaman atau kekerasan; atau lain-lain bentuk paksaan seperti penculikan, penipuan atau muslihat bagi tujuan eksploitasi demi apa jua bentuk keuntungan (Duit, Objek, Pangkat dll).




Menurut laporan TIP (Trafficking In Persons) Jun 2011, Malaysia diletakan di Senarai Pemerhatian Tahap 2 (2WL). Di mana, dalam tahap 2WL ini, Malaysia diklasifikasikan:
- mempunyai bilangan mangsa pemerdagangan yang ketara dan semakin meningkat.
- tiada usaha berterusan dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
- dalam pemerhatian bagi memastikan negara melaksanakan usaha untuk mematuhi piawaian minimum TVPA, berdasarkan komitmen kerajaan dalam mengambil langkah penambahbaikan masa hadapan.


Sebelum ini pada 2004, Malaysia berada di tahap 2 dan jatuh ke tahap 3 pada 2007. Kemudian meningkat dan hanya kekal pada tahap 2WL pada 2010 dan 2011. Terperinci definisi untuk setiap tahap ada diterangkan dalam penghujung artikel ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menyuarakan kebimbangan berdasarkan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di senarai pemerhatian tahap kedua.
Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan berkesan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia.

Malaysia telah menjadi destinasi utama bagi pemerdagangan manusia dari beberapa negara seperti Indonesia, China, Thailand dan Filipina. Mereka ini telah di paksa menjadi hamba seks. Manakala di beberapa negara lain seperti India, kanak-kanak telah di kerah menjadi buruh paksa.

Pada November 2003 sehingga 2006, seramai 5,000 wanita asing telah diselamatkan oleh pihak Polis dari terus menjadi hamba seks. Namun penangkapan sebegini tidak memberi kesan baik berpanjangan jika tiada usaha pencegahan yang lebih efisien.
Beberapa tahun kebelakangan ini beberapa siri pemerdagangan manusia telah direkodkan pihak Malaysia. Antaranya pada April 2008 di mana tiga rakyat Malaysia telah di penjarakan di Singapura atas cubaan untuk menyeludup kanak-kanak Sri Lanka ke London.

Rekod lain pada 2005 hingga Julai 2006 menunjukkan bahawa seramai 1,231 warga Indonesia telah diseludup masuk ke sini.
"Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN)" perlu memastikan tindakan serius dalam pencegahan pemerdagangan manusia di Malaysia. Kerana sendikit ini banyak di kuasai oleh kumpulan kongsi gelap bagi tujuan pelacuran dan pengedaran dadah.
Manakala "Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)" juga perlu melibatkan diri kerana mangsa pemerdagangan manusia ini lebih banyak melibatkan kanak-kanak dan wanita. Kerana telah banyak kes wanita-wanita Malaysia di jadikan "keldai dadah" di beberapa negara di dunia. Ada diantara mereka, hanya menanti masa hukuman gantung.


Sunday 8 April 2012

Tamadun China

Tamadun China
Sejarah Tamadun China
·         Kebudayaan Yangshao
            Ø  Disebut sabagai kerajaan Yangshao berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi          kebudayaan yang terletak di Yangshao, daerah Shaanxi.
Ø  Bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM).
Ø  Merupakan kerajaan paling awal dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Ø  Tapak-tapak tradisi kebudayaan Yangshao diumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe ( the Yellow River ).
Ø  Orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani,memelihara babi dan membuat tembikar berlukisan.
Ø  Makanan asasi orang Yangshao ialah bijirin sekoi.
·         Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa
§  Kebudayaan Longshan
Ø  Muncul antara pertengahan kurun ke-2 SM dan Zaman Gangsa Awal lewat milenium ke-2 SM atau awal milenium  pertama SM.
Ø  Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di daerah Shandong.
Ø  Tembikar Longshan9 terutamanya tembikar hitam ) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya.
Ø  Tembikar Longshan menggunakan mesin peroda tembikar untuk menghasilkannya.

§  Zaman Gangsa
Ø  Gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang ( 1766 SM – 1122 SM ).
Ø  Selain digunakan untuk membuat senjata dan loceng, logam gangsa juga dikaitkan dengan bekas-bekas ritus atau untuk upacara keagamaan.
Ø  Penggunaan gangsa juga tersebar luas di sepanjang tempoh dinasti Zhou (1123 SM – 221 SM ).
Konsep Tamadun China
 ·         Kepercayaan Alam Sekitar
 ·         Kepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang
 ·         Kepercayaan kepada Anak Syurga
 ·         Kepercayaan kepada Dewa
Masyarakat dan Budaya Tamadun China
 ·         Terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu
 Ø  Kumpulan Yan-Huang
 Ø  Kumpulan Feng-Yang
                                                  Ø  Kumpulan Miao-Man 
  ·       Geografi China yang luas menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu :-
 Ø  Kebudayaan Sekoi ( Millet )
 Ø  Kebudayaan Sawah Padi

Bahasa dan Sistem Tulisan China
·         Bahasa Cina merupakan bahasa yang kekal dituturkan serta digunakan sehingga hari ini.
·         Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi ( tulisan Han ), dicipta berdasarkan kaedah
                              I. Xiang xing ( berlambang gambar )
                             II.  Zh’shi ( lambing petunjuk )
                            III.   Huiyi ( lambing petunjuk fikiran )
                            IV.  Xing sheng ( gabungan bentuk bunyi )
                              V.Zhuan zhu dan jiajie (  bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf Cina )
·    Setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang iistimewa dan telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia.
Pandangan Semesta Tamadun China
·         Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.
·         Konsep Tian
Ø  Pemujaan nenek moyang dan Tian.
Ø  Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.
Ø  Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
·         Konsep Dao
Ø  Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.
Ø  Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
                                                       I.  Menunjukkan satu jalan
                                                     II.   Cara kelakuan
                                                    III.  Tabiat ( Baik atau buruk )
Ø  Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik.
Ø  Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
·         Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Ø  Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
Ø  Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.
Ø  Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Ø  Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
·         Keharmonian Tian dan Manusia
Ø  Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
Ø  Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
·         Prinsip Zhong Yong
Ø  Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Ø  Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Agama dan Falsafah dalam Tamadun China
Ø  Konfusianisme
Ø  Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.
Ø  Berasal daripada tulisan-tilisan klasik
Ø  Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao )
Ø  Buddhisme China
Ø  Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha ( 563 SM – 483 SM ) di india dan kemudiannya disebarkan ke China pada kurun MAsihi yang pertama.
Ø  Selepas disebarkan ke China,agama ini menyerapkan ciri)ciri ecinaan sehingga dikenali sebagai Buddhisme China.
Ø  Asas pengajaran tetap kekal : penderitaan adalan berpuca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
Ø  Daoisme
Ø  Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ).
Ø  Terbahagi kepada dua cabang utama : -
                                                       I.            Pemikiran falsafah Dao
                  II.            Aliran keagamaan Dao
Ø  Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
Ø  Moisme
Ø  Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
Ø  Konsep penting termasuk :-
                                                         I.    Kasih sayang sejagat ( jian’ai)
                                                        II.    Menyerah kepada nasib ( feiming )
                                                       III.    Mengecam sikap suka berperang ( feigong )
                                                      IV.    Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )
Ø  Legalisme
Ø  Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
Ø  Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Ø  Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
Ø  Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Ø  Islam
Ø  Dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8 :-
                        I.      Melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China.
                       II.      Melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan.
Ø  Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China.

Sistem Pemerintahan dan Sistem Politik China
·         Sistem Beraja Tamadun China
Ø  Semenjak awal tamadun China telah mengamalkan system pemerintahan beraja mutlak secara monarki.
Ø  Dinasti Shang dan Chou, raja  berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera dan mengamalkan sistem feudal.
Ø  Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika Dinasti Chin ( Shih Huang Ti ), baginda telah menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah ( 36 buah ) yang diketuai oleh gabenor.
Ø  Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu yang merupakan seorang ahli falsafah.
Ø  Semasa China diperintah oleh Dinast Han ( 206 SM – 220 SM ), Sistem Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan.
Ø  Pengasas Dinasti Han iaitu Liu Pang telah memperkenalkan  satu Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicuri.
·         Sistem Politik China
Ø  Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran Konfusianisme.
Ø  Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme yang menekankan kepentingan undang-undang.
Ø  Aliran Konfusianisme pula merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.
·         Konsep Pemusatan Kuasa
Ø  Merupakan ciiri unik dalam sistem pemerintahan China dimana Maharaja mempunyai kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran negara.
Ø  Aliran Legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.
Ø  Aliran Konfusianisme pula menegaskan bahawa urusan pentadbiran adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan.
Institusi Keluarga Masyarakat Cina
·         Tamadun China berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta.
·         Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan.
·         Keabsahan kuasa dan mewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, duru dan ketua keluarga berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi.
·         Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di ( langit dan bumi ).
·         Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta.
·         Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang institusi sosial tang terulung dalam tamadun China.
·         Ibubapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak-anak keran pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
·         Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

Sumbangan Tamadun China Dalam Pelbagai Bidang Keperluan Manusia
·         Tamadun China : Kesusasteraan, Kesenian, Sains dan Teknologi Cina
Ø  Tamadun China merupakan sebuah tamadun berorientasikan agrarian atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembagan.
Ø  Tamadun China telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju.
·         Bahasa dan Kesusasteraan Cina Klasik
Ø  Bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14 SM dan perkembangannya berterusan lebih daripada 3000 tahun.
Ø  Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan “ walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Monggol ( Dinasti Yuan, 1279-1368 ) dan orang Manchu ( Dinasti Qing, 1644-1911 ).
Ø  Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik,sifat ini menjadikan Bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain.
Ø  Sifat Bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan.
Ø  Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah China.
Ø  Sifat bahasa cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bernilai.