Saturday, 21 April 2012

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Pemerdagangan Manusia Semakin Kritikal

·          
| Isnin, 05 September 2011 | Oleh: Gibran |

      
 "Pemerdagangan Manusia" ialah pengambilan, pengangkutan, pemindahan, menerima seseorang dengan ancaman atau kekerasan; atau lain-lain bentuk paksaan seperti penculikan, penipuan atau muslihat bagi tujuan eksploitasi demi apa jua bentuk keuntungan (Duit, Objek, Pangkat dll).




Menurut laporan TIP (Trafficking In Persons) Jun 2011, Malaysia diletakan di Senarai Pemerhatian Tahap 2 (2WL). Di mana, dalam tahap 2WL ini, Malaysia diklasifikasikan:
- mempunyai bilangan mangsa pemerdagangan yang ketara dan semakin meningkat.
- tiada usaha berterusan dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
- dalam pemerhatian bagi memastikan negara melaksanakan usaha untuk mematuhi piawaian minimum TVPA, berdasarkan komitmen kerajaan dalam mengambil langkah penambahbaikan masa hadapan.


Sebelum ini pada 2004, Malaysia berada di tahap 2 dan jatuh ke tahap 3 pada 2007. Kemudian meningkat dan hanya kekal pada tahap 2WL pada 2010 dan 2011. Terperinci definisi untuk setiap tahap ada diterangkan dalam penghujung artikel ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menyuarakan kebimbangan berdasarkan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di senarai pemerhatian tahap kedua.
Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan berkesan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia.

Malaysia telah menjadi destinasi utama bagi pemerdagangan manusia dari beberapa negara seperti Indonesia, China, Thailand dan Filipina. Mereka ini telah di paksa menjadi hamba seks. Manakala di beberapa negara lain seperti India, kanak-kanak telah di kerah menjadi buruh paksa.

Pada November 2003 sehingga 2006, seramai 5,000 wanita asing telah diselamatkan oleh pihak Polis dari terus menjadi hamba seks. Namun penangkapan sebegini tidak memberi kesan baik berpanjangan jika tiada usaha pencegahan yang lebih efisien.
Beberapa tahun kebelakangan ini beberapa siri pemerdagangan manusia telah direkodkan pihak Malaysia. Antaranya pada April 2008 di mana tiga rakyat Malaysia telah di penjarakan di Singapura atas cubaan untuk menyeludup kanak-kanak Sri Lanka ke London.

Rekod lain pada 2005 hingga Julai 2006 menunjukkan bahawa seramai 1,231 warga Indonesia telah diseludup masuk ke sini.
"Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN)" perlu memastikan tindakan serius dalam pencegahan pemerdagangan manusia di Malaysia. Kerana sendikit ini banyak di kuasai oleh kumpulan kongsi gelap bagi tujuan pelacuran dan pengedaran dadah.
Manakala "Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)" juga perlu melibatkan diri kerana mangsa pemerdagangan manusia ini lebih banyak melibatkan kanak-kanak dan wanita. Kerana telah banyak kes wanita-wanita Malaysia di jadikan "keldai dadah" di beberapa negara di dunia. Ada diantara mereka, hanya menanti masa hukuman gantung.


No comments:

Post a Comment