“pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang.
3 Elemen Dalam Pemerdagangan Orang
a)Aktiviti
Perekrutan
Pengangkutan
Pemindahan
Perlindungan
Penerimaan
b)Cara
Ancaman
Paksaan/Kekerasan
Pemelarian
Perdayaan
Pemalsuan Dokumen
Penculikan
Penipuan
Penyalahgunaan Kuasa
Memberi/Menerima
Bayaran
c)Tujuan
Perhambaan
Pengabdian
Pemindahan Organ
Kerja/Perkhidmatan Paksa
Eksploitasi Seks/Pelacur